Thursday, 18 July 2013

Bosan kan? Nahh

Minggu ni start minggu yang membosankan. Duduk di office tapi takde kerja pulak. So, taddabbur al-Quran semampu yang boleh. Bulan puasa kalau taknak ambil keberkatan al-Quran memang rugi. Tapi sekejap-sekejap tangan ni sempat jugak online. Al maklum computer depan mata. Syaitan terikat tapi nafsu tetap melekat. Huhu

Tengok zaman sekarang ni macam-macam application ada. Zaman changguih lah katakan. Dunia tanpa sempadan, all informations at our fingertips right?

So so sooo, sangat mudah nak contact kawan-kawan. Siapa ada phone-pijak (ops silap phone-Bijak) tu hurmmm jangan cakaplah. Instagram, twitter, facebook etc lah jadi peneman 24/7 kan. Syok jugak tengok gelagat masing-masing. Inilah kelemahan manusia, dari mata turun ke hati. Sama macam apa yang Gs rasa tadi. Sampailah tertimbul rasa NAK, sampai tertimbul rasa INGIN. BESTnyer ramai ‘followers’. Hati memang kata BEST!

Takpelah selagi diberi kesempatan. Selagi dunia belum kiamat. Ehehe tapi jangan tersalah sangka pulak. Tak semua yang gunakan phone-bijak ni salah guna teknologi. Tengok macam yang ada kat picture bawah ni? Tapi agak-agak berapa ramai lah kan? Untung bagi yang menggunakan kemudahan untuk jalanNya....


apa pendapat (?)

Dah puas stalk orang punya akaun, Gs start tadabbur semula al-Quran. Baca punya baca, tetiba terjumpa ayat ini:

Surah Al-Qashash [28]: ayat 60 dan 61

60: Dan apa sahaja (hal yang behubung dengan duniawi: pangkat, kekayaan dan sebagainya) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?

 

Gs teruskan membaca dan menyambung lagi dengan ayat seterusnya,


61: Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga), lalu dia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi; kemudian pada hari kiamat dia termasuk orang yang diseret ke dalam neraka (orang yang diberi kenikmatan duniawi tetapi tidak dipenggunakan untuk mencari kebahagiaan akhirat)

 

Masha Allah, baru je terlintas dalam hati tadi. Terasa ayat ni datang tepat pada masanya dan sangat-sangat terkesan kat hati kerdil ini. So, penilaian di tangan kita. Memang seronok dan tidak salah untuk berhibur. Tetapi biarlah berpada-pada. Biarlah kegembiraan yang kita kongsi membawa perasaan yang baik kepada orang yang melihat. Perasaan yang mendekatkan kita kepada Pencipta kita.


Persoalannya, D.o.s.a kah?


Kemungkinan YA itu banyak :,


Kalau kita terjebak dengan perasaan yang membawa jauh daripada mengingati Dia? Yang membawa kepada kelalaian kepada Dia? Yang membawa kepada perkara sia-sia untuk Dia?


·      Allah telah menjelaskan dalam surah Al-Zumar [39] : ayat 22 supaya kita tidak jauh daripadaNya

22: Celakalah orang-orang yang dihatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata


 ·    Allah telah menjelaskan supaya kita (setiap hambaNya) tidak melampaui batas melalui Surah Asy-Syura [42] : ayat 27

27: Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.


·       Allah menjelaskan lagi supaya manusia tidak lalai kepadaNya dalam Surah Al-Imran [3] : ayat 191

191: Mereka adalah (orang yang berakal) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata : “Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka”




Kata Hukama: "Tiada dosa besar dan dosa kecil, kerana kedua-dua itu balasannya adalah neraka"

Bila Gs baca: Terkedu sebab rasa ayat ni power tembak tepat ke hati (!!)




Sekian, O_-

Monday, 28 March 2011

Seandainya Golongan Hawa Tahu

Tiba-tiba terfikir akan hadis ni bila tengok zaman sekarang ni macam-macam fesyen. Baguslah semakin ramai yang nak berhijrah dan tahu akan kesedaran dalam kepentingan menutup aurat. Tetapi........

 

 Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlengganag-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/ fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh." [Riwayat Muslim no.3971]



agak-agak mana lebih selamat untuk ditunggani (?)




Saya sudah memakai baju dan tudung, tapi kenapa masih telanjang?

 

 

KENAPA YA??!  Antara sebab utama mungkin kerana....


Adik tetap 'adik' walaupun dah tua bangka. (hihi)

 

 

Sebab pertama: Kakak memakai baju adik 8 tahun


Apakah yang dimaksudkan berpakaian tetapi telanjang? Imam Al-Nawawi menyatakan hadis ini mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan susuk tubuhnya. Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian (termasuk untuk diri saya sendiri) sebagaimana Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkah kaki ke syurga yang penuh nikmat yang kekal selamanya.

 

 

Sebab kedua: Sukar untuk berubah

 

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada segelintir rakan yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.

 

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat.

 

"Sahabat yang baik seperti menjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperolehi minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wanginya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula ibarat berkawan dengan tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya."


kaum adam, sweet kan (?) Jazakillah sebab mendokong


Nota cinta khas ini adalah bertujuan kerana sayang saya kepadamu. Marahlah jika kamu marah pada saya, tetapi marahmu tidak layak untuk penciptamu. Moga usaha ini membawa kita ke syurga. 

  

Bagi yang masih keliru boleh buat justifikasi ;)




Sekian, #_x