Monday, 28 March 2011

Seandainya Golongan Hawa Tahu

Tiba-tiba terfikir akan hadis ni bila tengok zaman sekarang ni macam-macam fesyen. Baguslah semakin ramai yang nak berhijrah dan tahu akan kesedaran dalam kepentingan menutup aurat. Tetapi........

 

 Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlengganag-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/ fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh." [Riwayat Muslim no.3971]



agak-agak mana lebih selamat untuk ditunggani (?)




Saya sudah memakai baju dan tudung, tapi kenapa masih telanjang?

 

 

KENAPA YA??!  Antara sebab utama mungkin kerana....


Adik tetap 'adik' walaupun dah tua bangka. (hihi)

 

 

Sebab pertama: Kakak memakai baju adik 8 tahun


Apakah yang dimaksudkan berpakaian tetapi telanjang? Imam Al-Nawawi menyatakan hadis ini mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan susuk tubuhnya. Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian (termasuk untuk diri saya sendiri) sebagaimana Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkah kaki ke syurga yang penuh nikmat yang kekal selamanya.

 

 

Sebab kedua: Sukar untuk berubah

 

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada segelintir rakan yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.

 

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan sahabat.

 

"Sahabat yang baik seperti menjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperolehi minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wanginya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula ibarat berkawan dengan tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya."


kaum adam, sweet kan (?) Jazakillah sebab mendokong


Nota cinta khas ini adalah bertujuan kerana sayang saya kepadamu. Marahlah jika kamu marah pada saya, tetapi marahmu tidak layak untuk penciptamu. Moga usaha ini membawa kita ke syurga. 

  

Bagi yang masih keliru boleh buat justifikasi ;)




Sekian, #_x

No comments:

Post a Comment