Tiba-tiba
terfikir akan hadis ni bila tengok zaman sekarang ni macam-macam fesyen.
Baguslah semakin ramai yang nak berhijrah dan tahu akan kesedaran dalam
kepentingan menutup aurat. Tetapi........
Hadis
daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Ada
dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka
iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan
untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian
tetapi telanjang, berlengganag-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang
yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/ fesyen rambut) bagaikan bonggol
unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau
wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan
yang sangat jauh." [Riwayat Muslim no.3971]
agak-agak mana lebih selamat untuk ditunggani (?)
Saya
sudah memakai baju dan tudung, tapi kenapa masih telanjang?
KENAPA
YA??! Antara sebab utama mungkin kerana....
Adik tetap 'adik' walaupun dah tua bangka. (hihi)
Sebab
pertama: Kakak memakai baju adik 8 tahun
Apakah
yang dimaksudkan berpakaian tetapi telanjang? Imam Al-Nawawi menyatakan hadis
ini mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian
auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu
nipis sehingga menampakkan susuk tubuhnya. Wahai kaum Hawa, peringatan ini
adalah kerana sayangkan kalian (termasuk untuk diri saya sendiri) sebagaimana
Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat
umatnya melangkah kaki ke syurga yang penuh nikmat yang kekal selamanya.
Sebab
kedua: Sukar untuk berubah
Ramai
wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa
bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam
keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri.
Tambahan pula apabila ada segelintir rakan yang suka menyindir melihat
perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam
situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w berkenaan
sahabat.
"Sahabat
yang baik seperti menjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperolehi minyak
wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wanginya. Bersahabat dengan kawan yang
jahat pula ibarat berkawan dengan tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan
api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada
badannya."
kaum adam, sweet kan (?) Jazakillah sebab mendokong
Nota
cinta khas ini adalah bertujuan kerana sayang saya kepadamu. Marahlah jika kamu
marah pada saya, tetapi marahmu tidak layak untuk penciptamu. Moga usaha ini
membawa kita ke syurga.
Bagi yang masih keliru boleh buat justifikasi ;)
Sekian, #_x